Nuffnang Ads

Wednesday 5 March 2014

Tawaran menampar YB Teresa Kok hampir berjaya oleh pemuda di Permatang Pauh

Masih ingat lagi tawaran RM1200 yang ditawarkan oleh ngo melayu bagi siapa yg berjaya menampar yb Teresa.gara-gara insiden kononya menghina org melayu dan memaki pemimpin dalam video sempena CNY. Mlm td Teresa telah hadir dalam satu sesi ceramah yang diadakan di Permatang Pauh. Ceramah turut dihadiri penceramah lain yang hebat seperti ust shahril long,timb ketua menteri penang,yb Nizar,leman raja lawak. Insiden tampar hampir berjaya apabila sebaik tamat ucapan Teresa beliau didatangi oleh pemuda yang ingin bersalam dgn beliau dan rupanya dalam gengaman pemuda tersebut mengandungi sebiji telur tembelang.maka ketika telur tersebut pecah pemuda tersebut mengangkat tangan untuk menampar Teresa namun tindakan itu berjaya diselamatkan oleh petugas unit amal. Ceramah ini yg turut disiarkan secara.langsung menerusi radio internet dpedas fm tergendala sebentar akibat timbul kekecohan.Pemuda tersebut berjaya ditangkap dan diserah kepada pihak berkuasa.Yb Teresa juga turut sama bergegas membuat laporan di IPD SPT. Kita tunggu apa tindakan kepada pemuda tersebut.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment